Tinggalkan LINK anda di sini....!

Monday, March 12, 2012

Dia atau Aku...


Pertemuan yang indah dulu,
Kini telah terhapus,
Dibawa arus nafsu,
Yang beraja dalam diri.

Kesetiaanmu diragut,
Kepercayaanku terlerai,
Hanya kerana dia,
Menghulurkan kasih pada mu.

Aku tahu,
Aku masih belum mampu,
Memenuhi keinginanmu,
Juga masih belum bisa,
Membahagiakanmu.

Yang aku ada,
Cinta setulusnya padamu,
Kesetiaan yang menggunung,
Dan kasih yang tak berpenghujung.

Segalanya berada dalam genggamanmu,
Cuma perlu kau pilih,
Dia atau Aku,
Kemewahan atau bahagia.




Wednesday, March 7, 2012

Mencintaimu Sesuatu yang Terindah...


Duhai kekasih,
Pertemuan kita sungguh memberi erti,
Mengajarku mengasihi,
Dan memberi ku rasa dikasihi.

Sungguh tak ku duga,
keindahan yang ku lalui bersamamu,
Berpenghujung sebegini rupa.

Bukan ini yang aku inginkan,
Berpisah dengan mu sesuatu yang menyakitkan,
Namun aku redha dengan setiap ketentuan.

Andai pengakhirannya begini,
Apalah daya aku menahan,
Aku hanya membawa diri,
Merawat luka di hati.

Sayang,
Mengasihimu tak pernah ku sesali,
Kerna denganmu aku mengenali,
Erti sebenar sebuah cinta.

Duhai kekasih,
Kau sentiasa di hatiku,
Memori kita menjadi pengubat rindu,
Potret mu menjadi ilham di sanubariku.



Friday, March 2, 2012

Apa Khabarmu di Sana...?


Hari ini,
Aku melalui lagi hari tanpamu.

Entah kenapa,
Aku resah gelisah memikirkanmu,
Tak seperti hari yang lalu,
Jantung ini tak keruan degupnya.

Tahukah engkau,
Kejauhan ini kadangkala menyeksa ku,
Namun selalunya menjadi pengubat sakitku.

Rindu yang ada,
Aku berikan pada angin lalu,
Pabila ia bersentuhan denganmu,
Sampailah rindu ku padamu.

Rindu yang kita rasa,
Tak mungkin lagi sama,
Punya nama yang serupa,
Tapi tujuan yang berbeza.

Sekeping hati ini,
Belum lagi aku berikan pada yang lain,
Bukan persamaan yang ku cari,
Hanya ketulusan cinta yang abadi.

Sayang,
Selamat berbahagia kau di sana.