Tinggalkan LINK anda di sini....!

Wednesday, February 29, 2012

Memori Usang...


Aku meniti jalan itu lagi,
Ditemani gelap malam nan sepi,
Tanpa adanya kamu di sisi,
Terasa kosong hidupku kini.

Terkenang aku akan memori lalu,
Saat bahagia menjadi tamu hidupku,
Nikmatnya cinta tika bersamamu,
Menjadikan aku insan terhebat di sampingmu.

Satu persatu kenangan itu ku imbas,
Saat dirimu ku dakap erat,
Genggaman tangan yang seakan tak bisa kulepaskan,
Seakan waktu itu hanya untuk kita.

Kini memori itu kian usang,
Walau luka hati ini tak bisa tersembuh,
Kenangan itu tetap utuh buatku,
Kerana kau yang pertama dalam hatiku.

Dimana pun kau berada,
Berbahagialah kau bersamanya kini,
Doaku sentiasa mengiringi hidupmu.




Dia Kekasihku...


Ditakdirkan,
Pertemuan kita sesuatu yang terindah,
Yang lain dari biasa,
Terasa debar di dadaku kencang!

Langkah kaki ku ini,
Aku atur satu persatu,
Menyembunyikan rasa getar dalam hati,

Ku lihat kau tenang,
Dengan senyuman yang tidak lekang,
Membuatkan hatiku bertambah sayang.

Pabila mata ini bertentang,
Aku lihatkan keindahan padamu,
Yakinlah aku bahawa,
Kau kini ku cintai.

Aku sabar menanti waktu,
Untuk aku menzahirkan perasaan ini,
Pabila ia terlafaz nanti,
Mudah tuk kau fahami,
Kejujuran hatiku yang ingin memiliki.

Percayalah,
Terukir hanya namamu di hatiku.




Monday, February 27, 2012

Dalam Dakapan Rindu...


Sayang,
Andai dapat ku gapai bintang,
Ingin sekali ku kirimkan rinduku padamu.

Akan ku hiasinya dengan sayang,
Bersama haruman kasihku yang abadi,
Serta cintaku yang tak pernah terhapus.

Bulan menjadi saksi,
Kemurungan ku tanpamu di sisi,
Serta emosi ku yang berganti,
Menjadikan aku lebih sendiri.

Sayang,
Bagaikan langit yang tak bertepi,
Begitulah cintaku padamu,
Biarkan ombak merubah pantai,
Namun hatiku tetap padamu.

Sayang,
Aku di sini setia menantimu.




Monday, February 20, 2012

Pengakhiran Kita...


Sila beri tempoh masa,
Sampai bila harus aku mencintai kamu?
Berikan aku satu skala,
Berapa banyak cinta harus aku beri?

Andai dari awal,
Kau perkenankan keinginanmu yang sebenar,
Tidaklah aku begini sakitnya.

Andai aku tahu,
Aku hanyalah pelabuhan persinggahan,
Untuk hatimu yang sepi,
Tidak aku selami maknanya cinta.

Kini,
Aku tetap teruskan hidupku sendiri,
Jika ini takdirku,
Aku syukur selalu.

Thursday, February 16, 2012

Bertemu Kita dalam Mimpi...


Kau datang lagi,
Menjadi peneman tika mataku terpejam,
Kau hadir seolah memberi harapan,
Dan kau hilang bersama malam.

Senyumanmu,
Membahagiakan ramai insan.
Tawamu,
Menghilangkan setiap tekanan.

Sungguh istimewa kau dalam hidupku,
Setiap detik dalam ingatan,
Setiap hembusan nafas kau ku rindukan.

Terlalu jauh kau untukku gapai,
Sangat sukar kau untukku miliki,
Lalu aku pejamkan mata,
Kerna di situ bertemunya kau dan aku.

Monday, February 6, 2012

Sepiku Kini...


Sepi datang lagi,
Cuba mengusik hatiku yang dingin,
Membawa aku ke satu tafsiran,
Adakah aku kini sendiri?

Melihat kau yang sedang dalam kebahagiaan,
Aku mengerti kini,
Bahagiamu bukan kerana aku,
Rinduku hanya untukmu.

Kasihmu ku junjung tinggi,
Dirimu sungguh tiada pengganti,
Walau merata ku mencari,
Kau tetap satu dalam diri.

Kebahagiaan adalah kamu,
Pasrah adalah aku,
Luka dalam hati,
Belum mungkin bisa disembuh.

Kehilanganmu kini,
Menjadikan aku semakin sendiri,
Walau payah tuk aku hindari,
Aku tetap cekal menghadapi.

Kerna aku percaya,
Masih ada bahagia untukku.

Friday, February 3, 2012

Manfaat Stres...



Stres ialah reaksi tabii tubuh badan kita terhadap rangsangan fizikal dan emosi. Oleh sebab itu, stres adalah fitrah manusia. Maksudnya stres ialah keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia. Stres dianggap sesuatu yang negatif. Namun, disebalik stres terdapat manfaat yang tersembunyi.

  • Stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
  • Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.
  • Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
  • Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak mengulangi dosa silam.
  • Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  • Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar. 
  • Stres kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkan penyakitnya.

Sumber : Majalah Solusi Isu 39.