Tinggalkan LINK anda di sini....!

Showing posts with label Love/Friendship. Show all posts
Showing posts with label Love/Friendship. Show all posts

Wednesday, November 26, 2014

AKU DI HADAPANMU TIADA. . .


Seakan aku butakan mataku,
Dengan jalinan rahsia kau dan dia,
Demi menjaga hatimu dan hatiku,
Demi menjaga sayang dan kasihku padamu.

Istimewanya dia di dalam hatimu,
Istimewanya aku pada kata bibirmu.

Pun begitu,
Aku pendam hati yang luka,
Kerana aku percaya,
Masih ada sisa kasihmu buat tatapanku.

Namun hari demi hari,
Aku mula mengenal apa itu rindu,
Jauh darimu demi kasihku,
Jauh dariku demi dia kasihmu.

Setiap coretanmu berkisar tentang dia,
Setiap rindu mu aku tahu, 
Hanya dia.

Siapa aku?
Siapa dia?
Siapa yang kau rindu?

Buat kamu,
Aku akan terus menanti,
Tika sampai satu hari nanti,
Bila aku sudah penat menanti.

Kepadamu,
Jika benar bukan aku yang kau sayangi,
Jika benar hanya dia yang kau kasihi,
Pergi!
Jangan buat hati ini terus mengharap akan kasihmu.
Pergi!
Kasihanilah aku yang kekeringan air mata merinduimu.

Kepadamu,
Aku mungkin tewas dengan pandanganmu,
Tetapi kau harus tahu,
Aku hanya manusia yang kenal apa itu lelah,
Yang tahu apa itu kebencian.

Kepadamu,
Sayang aku masih utuh,
Jika tidak manakan datang rindu,
Penantianku hanya untukmu,
Hingga tiba di hujungnya.


Wednesday, January 1, 2014

SEPASANG MATA ITU


Hati ini yang memilih,
Bukan pada luarannya,
Bukan pada girangnya,
Tapi pada sebuah ikatan persahabatan,
Yang hanya insan terpilih merasa.

Sepasang mata itu,
Menampakkan apa erti sayang,
Dilihatkannya apa erti keikhlasan.

Pandangan mata itu,
menyakinkan aku pada perkongsian,
Yang hanya dia tahu.

Sepasang mata itu,
buat aku takut pada kehilangan,
Kerna tidak aku dapat melihat,
Tanpa adanya dia.

Pandangan mata itu,
Merasakan lengkap adanya kamu,
Mengiyakan pada sebuah luahan kata "sayang".

Sesalnya aku,
Mengapa bukan dahulu,
Bersyukurnya aku,
Kerna ianya berlaku.

Menjadi satu keinginan yang pasti,
Menjaga dan melindungi,
Mendekati tanpa menjauhi,
Menyayangi dan disayangi.

Thursday, August 2, 2012

Jujur Aku Setia...


Setiap langkah yang ku ambil,
Walau semakin jauh darimu,
Tak bermakna kau jauh dari hatiku.

Pernah aku dihasut kata,
Kau jauh nun di sana,
Dan aku di sini...KESUNYIAN.

Hampir aku tersesat dalam godaan cinta,
Lemas aku digoda nafsu manusia.

Pernah aku hampir tewas,
Godaan yang datang tak mampu ku lawan,
Bergelut aku keseorangan.

Lalu bayangan wajahmu datang menerpa,
Kembali aku kepada hangat cinta kita,
Seolah memberiku perisai,
Menghapus nafsu syaitan yang merasuk diri.

Aku yakin,
Doamu yang tak berpenghujung,
Menjadi kekuatan cinta kita.

Sayang,
Aku hadiahkan kau sebuah kesetiaan,
Dibaluti dengan kejujuran,
Dan ku isi dengan cinta,
Yang tak berpenamat. 




Sunday, May 13, 2012

Kerna Kasihku Untuk Mu...


Kita disatukan oleh takdir,
Pada awalnya buat aku tertanya,
Apakah benar ini perhentianku?
Gaya apakah harus aku di sini?

Lalu masa seolah menjawab,
satu-persatu soalan yang dulunya terlintas,
Dan kini menjadi memori yang indah.

Pantasnya waktu berlalu,
Aku kini telah di isi dengan indahnya kasihmu,
Sayang yang tertumpah padaku,
Membuat kosongku yang dulu,
Penuh dengan tawa dan senyum mu.

Terujanya ku ketika bertemu,
Rindu rasanya ketika berpisah,
Terbayang bila kau tiada,
Tidak sabar rasanya menanti kepulangan mu nanti.

Sungguh!
Bukan penipuan yang aku lakarkan,
Malah keindahan hidup yang aku impikan,
Telah termakbul,
Tuhan kini ketemukan aku,
Dengan insan-insan yang terulung,
Berada di carta hatiku kini.

Memang mudah kasihku berbunga,
Memang indah sayangku berbalas,
Perasaan ini aku tetapkan dalam hati,
Aku biarkan ia menginap selamanya,
Dan tak akan mudah terhapus sewenangnya.


Wednesday, April 18, 2012

Tanpa Cintamu, Ku Bisa...


Dahulu kau katakan padaku,
"Aku mencintaimu selamanya,
Apa pun yang terjadi,
Hanya kau yang ku sayangi setulus hatiku,
Tak akan pernah bisa melupakanmu,
Tak mampu ku menggantimu."

Akhirnya dusta itu lahir,
Kecuranganmu terzahir,
Kepercayaanku kau calarkan,
Kesetiaan cintaku kau gadaikan.

Kehilangan amat berat bagiku,
Kenyataan itu menghiris hatiku,
Namun tetap aku kuatkan diriku,
Demi hidupku yang belum berkesudahan,
Hanya kerna tiadanya kamu.

Kini,
Sedang aku bahagia menjalani hidupku,
Kau hadir bersama bayangan kenangan,
Mengharap belas sisa cintaku,
Tuk mengunci namamu kembali ke dalam hati.

Pabila nanti kau ingin kembali,
Akan ku lari jauh mencapai impian yang tinggi,
Tidak akan aku perlu kau lagi dalam diri,
Kerna ku kini bisa sendiri.



Thursday, April 12, 2012

Hadirlah Dirimu dalam Mimpiku Selalu...


kegembiraan hari ini,
Tidak membawa kepada kekalan pada hari esok,
Keenakkan malam ini,
Tak dapat dipastikan elok esok.

Pastinya aku ingat,
Setiap patah pemberitahuanmu,
Peringatanmu masih utuh,
Amaran mu sentiasa tersemat.

Hari ini,
Bukan bererti aku lupa,
Tapi aku uji,
Apakah masih ada aku yang dulu,
Atau aku menjadi baru.

Terbukti,
Persoalanku terjawab,
Sememangnya yang lalu itu perit,
Yang lalu itu sakit.

Penawarku kamu,
Namun pada hari ini,
Kau tiada,
Tak dapat aku nyatakan,
Kau berjaya!

Tak terlintas untukku berpaling,
Tak tergamak aku buang kata-kata itu,
Cuma aku terkilan,
Aku sepi keseorangan.

Tiba saat ku kehilangan kini,
Aku rindu,
Pada raut wajahmu,
Senyumanmu yang bisa menenangkan gelisah ku.

Tiada lagi kamu,
Tiada lagi itu,
Semua ku pendam sendiri,
Tatkala rasa ini hadir,
Aku biarkan ia perlahan pergi.

Kau hilang,
Namun jangan kau tinggal aku sorang,
Masih aku perlukan pelukkan itu,
Saat kau datang dalam diam,
Aku nanti selalu dirimu sayang.




Monday, March 12, 2012

Dia atau Aku...


Pertemuan yang indah dulu,
Kini telah terhapus,
Dibawa arus nafsu,
Yang beraja dalam diri.

Kesetiaanmu diragut,
Kepercayaanku terlerai,
Hanya kerana dia,
Menghulurkan kasih pada mu.

Aku tahu,
Aku masih belum mampu,
Memenuhi keinginanmu,
Juga masih belum bisa,
Membahagiakanmu.

Yang aku ada,
Cinta setulusnya padamu,
Kesetiaan yang menggunung,
Dan kasih yang tak berpenghujung.

Segalanya berada dalam genggamanmu,
Cuma perlu kau pilih,
Dia atau Aku,
Kemewahan atau bahagia.




Wednesday, March 7, 2012

Mencintaimu Sesuatu yang Terindah...


Duhai kekasih,
Pertemuan kita sungguh memberi erti,
Mengajarku mengasihi,
Dan memberi ku rasa dikasihi.

Sungguh tak ku duga,
keindahan yang ku lalui bersamamu,
Berpenghujung sebegini rupa.

Bukan ini yang aku inginkan,
Berpisah dengan mu sesuatu yang menyakitkan,
Namun aku redha dengan setiap ketentuan.

Andai pengakhirannya begini,
Apalah daya aku menahan,
Aku hanya membawa diri,
Merawat luka di hati.

Sayang,
Mengasihimu tak pernah ku sesali,
Kerna denganmu aku mengenali,
Erti sebenar sebuah cinta.

Duhai kekasih,
Kau sentiasa di hatiku,
Memori kita menjadi pengubat rindu,
Potret mu menjadi ilham di sanubariku.



Friday, March 2, 2012

Apa Khabarmu di Sana...?


Hari ini,
Aku melalui lagi hari tanpamu.

Entah kenapa,
Aku resah gelisah memikirkanmu,
Tak seperti hari yang lalu,
Jantung ini tak keruan degupnya.

Tahukah engkau,
Kejauhan ini kadangkala menyeksa ku,
Namun selalunya menjadi pengubat sakitku.

Rindu yang ada,
Aku berikan pada angin lalu,
Pabila ia bersentuhan denganmu,
Sampailah rindu ku padamu.

Rindu yang kita rasa,
Tak mungkin lagi sama,
Punya nama yang serupa,
Tapi tujuan yang berbeza.

Sekeping hati ini,
Belum lagi aku berikan pada yang lain,
Bukan persamaan yang ku cari,
Hanya ketulusan cinta yang abadi.

Sayang,
Selamat berbahagia kau di sana.





Wednesday, February 29, 2012

Memori Usang...


Aku meniti jalan itu lagi,
Ditemani gelap malam nan sepi,
Tanpa adanya kamu di sisi,
Terasa kosong hidupku kini.

Terkenang aku akan memori lalu,
Saat bahagia menjadi tamu hidupku,
Nikmatnya cinta tika bersamamu,
Menjadikan aku insan terhebat di sampingmu.

Satu persatu kenangan itu ku imbas,
Saat dirimu ku dakap erat,
Genggaman tangan yang seakan tak bisa kulepaskan,
Seakan waktu itu hanya untuk kita.

Kini memori itu kian usang,
Walau luka hati ini tak bisa tersembuh,
Kenangan itu tetap utuh buatku,
Kerana kau yang pertama dalam hatiku.

Dimana pun kau berada,
Berbahagialah kau bersamanya kini,
Doaku sentiasa mengiringi hidupmu.




Dia Kekasihku...


Ditakdirkan,
Pertemuan kita sesuatu yang terindah,
Yang lain dari biasa,
Terasa debar di dadaku kencang!

Langkah kaki ku ini,
Aku atur satu persatu,
Menyembunyikan rasa getar dalam hati,

Ku lihat kau tenang,
Dengan senyuman yang tidak lekang,
Membuatkan hatiku bertambah sayang.

Pabila mata ini bertentang,
Aku lihatkan keindahan padamu,
Yakinlah aku bahawa,
Kau kini ku cintai.

Aku sabar menanti waktu,
Untuk aku menzahirkan perasaan ini,
Pabila ia terlafaz nanti,
Mudah tuk kau fahami,
Kejujuran hatiku yang ingin memiliki.

Percayalah,
Terukir hanya namamu di hatiku.




Monday, February 27, 2012

Dalam Dakapan Rindu...


Sayang,
Andai dapat ku gapai bintang,
Ingin sekali ku kirimkan rinduku padamu.

Akan ku hiasinya dengan sayang,
Bersama haruman kasihku yang abadi,
Serta cintaku yang tak pernah terhapus.

Bulan menjadi saksi,
Kemurungan ku tanpamu di sisi,
Serta emosi ku yang berganti,
Menjadikan aku lebih sendiri.

Sayang,
Bagaikan langit yang tak bertepi,
Begitulah cintaku padamu,
Biarkan ombak merubah pantai,
Namun hatiku tetap padamu.

Sayang,
Aku di sini setia menantimu.




Monday, February 20, 2012

Pengakhiran Kita...


Sila beri tempoh masa,
Sampai bila harus aku mencintai kamu?
Berikan aku satu skala,
Berapa banyak cinta harus aku beri?

Andai dari awal,
Kau perkenankan keinginanmu yang sebenar,
Tidaklah aku begini sakitnya.

Andai aku tahu,
Aku hanyalah pelabuhan persinggahan,
Untuk hatimu yang sepi,
Tidak aku selami maknanya cinta.

Kini,
Aku tetap teruskan hidupku sendiri,
Jika ini takdirku,
Aku syukur selalu.

Thursday, February 16, 2012

Bertemu Kita dalam Mimpi...


Kau datang lagi,
Menjadi peneman tika mataku terpejam,
Kau hadir seolah memberi harapan,
Dan kau hilang bersama malam.

Senyumanmu,
Membahagiakan ramai insan.
Tawamu,
Menghilangkan setiap tekanan.

Sungguh istimewa kau dalam hidupku,
Setiap detik dalam ingatan,
Setiap hembusan nafas kau ku rindukan.

Terlalu jauh kau untukku gapai,
Sangat sukar kau untukku miliki,
Lalu aku pejamkan mata,
Kerna di situ bertemunya kau dan aku.

Monday, February 6, 2012

Sepiku Kini...


Sepi datang lagi,
Cuba mengusik hatiku yang dingin,
Membawa aku ke satu tafsiran,
Adakah aku kini sendiri?

Melihat kau yang sedang dalam kebahagiaan,
Aku mengerti kini,
Bahagiamu bukan kerana aku,
Rinduku hanya untukmu.

Kasihmu ku junjung tinggi,
Dirimu sungguh tiada pengganti,
Walau merata ku mencari,
Kau tetap satu dalam diri.

Kebahagiaan adalah kamu,
Pasrah adalah aku,
Luka dalam hati,
Belum mungkin bisa disembuh.

Kehilanganmu kini,
Menjadikan aku semakin sendiri,
Walau payah tuk aku hindari,
Aku tetap cekal menghadapi.

Kerna aku percaya,
Masih ada bahagia untukku.

Saturday, January 28, 2012

Izinkan Aku Setia...


Sedang aku terdampar kesepian kini,
Hanya ditemani sang suria,
Termenung mengenangkanmu,
Hingga tibanya rembulan mengganti.

Aku yang merasa kehilangan,
Kau yang memiliki kebahagiaan,
Kelukaan ini aku gantikan dengan ketabahan,
Bukti kasihku berpanjangan.

Andai mudah takdirku,
Bertemu lagi cinta yang baharu,
Mungkin jua aku merasakan bahagia,
Namun sayu sering bertamu.

Aku sedar,
Cinta tak seharusnya memiliki,
Lalu aku biarkan diriku berlalu,
Melihat kau dari jauh bersamanya.

Walau senyuman mu bukan untukku,
Tetap lah ia penawar lukaku,
Menjadi sumber kekuatan dan kepercayaan,
Kau kini bahagia.

Tetaplah aku di sini,
Walau bukan aku yang kau cintai,
Izinkanlah aku setia.






Sunday, January 22, 2012

Perit sebuah kenyataan...


Terpalit satu rasa,
Yang tak aku ingini tandangnya,
Memaksa aku menerima,
Bertapa sepinya rinduku.

Aku merasakan kasih terhadapmu,
Lalu aku luahkan dalam susun kata,
Memang aku kecut tuk lafazkannya,
Tapi tak pernah aku takut mendalaminya.

Keyakinan ku setulusnya terhadapmu,
Kepercayaan ku teguh padamu,
Cintaku sepenuhnya untukmu,
Menghampirimu mustahil bagiku.

Aku gentar,
Pabila rasa ini dilafazkan,
Kecewa nan melanda.

Mungkin kerana aku terlalu menyayangi,
Sepenuhnya dirimu yang jauh itu,
Walaupun aku ingin kau di sini,
Namun kejauhanmu melegakanku.

Aku takut nanti,
Engkau tinggalkan diriku,
Aku takut nanti,
Engkau patahkan hatiku.

Luka hatiku,
Sukar di ubati,
Hilangnya dirimu,
Sukar tuk ku mencari pengganti.




Saturday, January 14, 2012

Buat aku Tersenyum...


Secebis ingatanmu padaku,
Membuatkan kegirangan di hati,
Senyuman yang tak lekang,
Denyutan yang semakin pantas.

Benar kata orang,
Kalau hati sudah sayang,
Setiap apa yang dilakukan,
Penghargaan yang setingginya aku berikan.

Sekali lagi,
Aku terasa takut,
Menempuh hidup tanpamu.

Sekali lagi,
Terima kasih Sahabat,
Kerana sudi bertemankan aku.

Sekali lagi,
Sayangku berpanjangan untukmu,
Rinduku melangit kernamu,
Kasih ku selamanya padamu.


Terima kasih teman....


Huluran tangan bersambut senyuman,
Sentuhan kalbu menambah rasa,
Pandangan mata saling bertaut,
Satu ikatan kini terjalin,
Antara kamu semua dan aku.

Dengarlah wahai teman,
Andai tiada kamu di sisiku kini,
Yang seingin cuba memahamiku,
Siapalah aku tanpamu.

Lihat diriku,
Punyai teman seperti kamu semua,
Tiada yang kurang,
Malah kurangnya aku tanpa kamu semua.

Tiada kata lain yang ingin ku sampaikan,
TERIMA KASIH!!
Kau buatku tersenyum lagi,
Gembira bersamamu teman.

TERIMA KASIH,
Adanya kamu untuk aku,
Ingatan kamu padaku,
Kepercayaanmu terhadapku.

TERIMA KASIH,
Moga ikatan ini berpanjangan,
Dan kasih yang bertaut selamanya,
Dan tidak tamat bila sampai waktunya.



Thursday, January 12, 2012

Suara Rinduku...


Hanya namamu dalam hatiku,
Terukir indah berangkai kata,
Tak sedikit pun tercalar,
Walau terusik luka hati ini.

Suara hatiku berkata,
Walau jauh jarak memisah,
Bukan alasan tuk aku melupakanmu,
Tapi ianya lebih menambahkan rinduku.

Suara hati seorang kekasih,
Tak akan berdusta,
Hanya dirimu sebagai kasihku,
Luka dan tangisku.

Aku belai mendung jiwaku,
Aku balut luka hatiku,
Aku yakin kasihmu,
Masih utuh buatku.

Katakan kau jua rindu,
Dan tiba masanya nanti,
Aku satukan rinduku padamu,
Walau rindumu Menambah perit hatiku.