Tinggalkan LINK anda di sini....!

Saturday, January 28, 2012

Izinkan Aku Setia...


Sedang aku terdampar kesepian kini,
Hanya ditemani sang suria,
Termenung mengenangkanmu,
Hingga tibanya rembulan mengganti.

Aku yang merasa kehilangan,
Kau yang memiliki kebahagiaan,
Kelukaan ini aku gantikan dengan ketabahan,
Bukti kasihku berpanjangan.

Andai mudah takdirku,
Bertemu lagi cinta yang baharu,
Mungkin jua aku merasakan bahagia,
Namun sayu sering bertamu.

Aku sedar,
Cinta tak seharusnya memiliki,
Lalu aku biarkan diriku berlalu,
Melihat kau dari jauh bersamanya.

Walau senyuman mu bukan untukku,
Tetap lah ia penawar lukaku,
Menjadi sumber kekuatan dan kepercayaan,
Kau kini bahagia.

Tetaplah aku di sini,
Walau bukan aku yang kau cintai,
Izinkanlah aku setia.






Sunday, January 22, 2012

Perit sebuah kenyataan...


Terpalit satu rasa,
Yang tak aku ingini tandangnya,
Memaksa aku menerima,
Bertapa sepinya rinduku.

Aku merasakan kasih terhadapmu,
Lalu aku luahkan dalam susun kata,
Memang aku kecut tuk lafazkannya,
Tapi tak pernah aku takut mendalaminya.

Keyakinan ku setulusnya terhadapmu,
Kepercayaan ku teguh padamu,
Cintaku sepenuhnya untukmu,
Menghampirimu mustahil bagiku.

Aku gentar,
Pabila rasa ini dilafazkan,
Kecewa nan melanda.

Mungkin kerana aku terlalu menyayangi,
Sepenuhnya dirimu yang jauh itu,
Walaupun aku ingin kau di sini,
Namun kejauhanmu melegakanku.

Aku takut nanti,
Engkau tinggalkan diriku,
Aku takut nanti,
Engkau patahkan hatiku.

Luka hatiku,
Sukar di ubati,
Hilangnya dirimu,
Sukar tuk ku mencari pengganti.




Saturday, January 14, 2012

Buat aku Tersenyum...


Secebis ingatanmu padaku,
Membuatkan kegirangan di hati,
Senyuman yang tak lekang,
Denyutan yang semakin pantas.

Benar kata orang,
Kalau hati sudah sayang,
Setiap apa yang dilakukan,
Penghargaan yang setingginya aku berikan.

Sekali lagi,
Aku terasa takut,
Menempuh hidup tanpamu.

Sekali lagi,
Terima kasih Sahabat,
Kerana sudi bertemankan aku.

Sekali lagi,
Sayangku berpanjangan untukmu,
Rinduku melangit kernamu,
Kasih ku selamanya padamu.


Terima kasih teman....


Huluran tangan bersambut senyuman,
Sentuhan kalbu menambah rasa,
Pandangan mata saling bertaut,
Satu ikatan kini terjalin,
Antara kamu semua dan aku.

Dengarlah wahai teman,
Andai tiada kamu di sisiku kini,
Yang seingin cuba memahamiku,
Siapalah aku tanpamu.

Lihat diriku,
Punyai teman seperti kamu semua,
Tiada yang kurang,
Malah kurangnya aku tanpa kamu semua.

Tiada kata lain yang ingin ku sampaikan,
TERIMA KASIH!!
Kau buatku tersenyum lagi,
Gembira bersamamu teman.

TERIMA KASIH,
Adanya kamu untuk aku,
Ingatan kamu padaku,
Kepercayaanmu terhadapku.

TERIMA KASIH,
Moga ikatan ini berpanjangan,
Dan kasih yang bertaut selamanya,
Dan tidak tamat bila sampai waktunya.



Thursday, January 12, 2012

Suara Rinduku...


Hanya namamu dalam hatiku,
Terukir indah berangkai kata,
Tak sedikit pun tercalar,
Walau terusik luka hati ini.

Suara hatiku berkata,
Walau jauh jarak memisah,
Bukan alasan tuk aku melupakanmu,
Tapi ianya lebih menambahkan rinduku.

Suara hati seorang kekasih,
Tak akan berdusta,
Hanya dirimu sebagai kasihku,
Luka dan tangisku.

Aku belai mendung jiwaku,
Aku balut luka hatiku,
Aku yakin kasihmu,
Masih utuh buatku.

Katakan kau jua rindu,
Dan tiba masanya nanti,
Aku satukan rinduku padamu,
Walau rindumu Menambah perit hatiku.




Tuesday, January 10, 2012

Tiada Sesalan Mencintaimu..


Lihat langit biru,
Aku merindukanmu,
Lihatlah diriku,
Yang tak bisa melupakanmu.
Mungkinkah aku ada di hatimu,
Wahai sayangku.

Pada diriku,
Aku beruntung mengenali,
Menyayangimu sepenuh hatiku,
Tiada sesalan aku mencintaimu.

Mungkin rasa ini tiada padamu,
Dan mungkin telah kau berikan pada insan lain,
Tapi percayalah aku tidak kecewa,
Malah aku gembira melihat dan mendengar kebahagiaanmu.

Malah,
Aku terus-terusan berdoa,
Moga kasih mu bersamanya berpanjangan,
Dan ikatan suci yang akan menyusulimu.

Akan aku hadiahkan dikau,
Tangisan air mata bahagia,
Luahan luka yang sempurna,
Mengiringi ke pintu perpisahan kita nanti.

Andai satu hari nanti kau berpaling,
Dan aku muncul di ingatanmu,
Jangan pernah kau menangis,
Kerna aku tidak pernah menyesal mencintaimu.


Di Penghujung Keremajaan...


Dalam mengharungi ke penghujung keremajaan,
Terkadang aku berfikir,
Apakah benar apa yang aku rasa?
Atau hanya sekadar mainan perasaan,
Yang kadang membahagiakan dan menyakitkan.

Apakah maksud kehidupan yang sebenar?
Apakah tujuan hidupku ini?
Semua pertanyaan ini keluar satu-persatu,
Hampa jawapannya tiada padaku.

Lalu cinta datang mendekati,
Aku sambut dalam ketakutan,
Benar atau tidak?
Aku tetap terus hanyut dalam belaiannya.

Yang salah jadi benar bagiku,
Kini ianya terus bertakhta dalam hati,
Sukar untuk aku buang,
Kerna ia terukir sedalamnya.

Sedar tak sedar,
Sebenarnya aku sakit,
Tak tertanggung rasanya,
Aku tahan sendiri tanpa sedikitpun penawar.

Kini aku biar masa yang menentukan,
Dan kejauhan menjadi permulaan,
Moga kasih ini berpanjangan,
Di atas landasan kebenaran.



Friday, January 6, 2012

Rasa yang Serupa...


Terlalu besar cintaku kepadamu,
Hingga ku tak tahu bertapa kecil diriku,
Kau cintai aku dengan caramu,
Mungkin kau tak tahu bertapa sakitnya aku,
Entah bagaimana cara memandangku,
Berertikah aku di matamu.

Dan di setiap langkahmu,
Adakah diriku?
Mungkinkah dirimu mencintaiku.

Dan biarkan ku menjauh,
Bila kau tak mampu merubah caramu,
Mencintai diriku.



Wednesday, January 4, 2012

Pabila Rasa ini Muncul Lagi...


Sukar untuk ku artikan rasa ini,
Tak dapat ku menghindari,
Tatkala ianya muncul tiba-tiba,
Lalu aku hanyut mengikutinya.

Ingin aku menangis,
Tetapi bahu siapa yang bisa disandarkan?
Ingin aku menjerit,
Dayanya tiada kerna aku lemah dengan kehadirannya.

Terkadang rasa ini membahagiakan,
Tetapi kenapa air mata yang berjuraian?
Aku akur dengan kehadirannya,
Tetapi aku takut lemas bersamanya.

Lalu aku pejamkan mata,
Terasa bagai kau di sisi,
Menemani dalam suram hatiku,
Membelai lena tidurku.

Suara hatiku siapa yang tahu,
Aku simpan sepi ku sendiri,
Aku pendam rasaku sedalamnya,
Aku merinduimu dalam lena dan jaga.






Tuesday, January 3, 2012

Cinta Tak Harus Memiliki...


Memang senang mengatakan sayang,
Memang mudah kata cinta dilafazkan,
Adakah ianya datang dari hati yang setulusnya?
Atau mungkin sekadar kata penyedap telinga.

Hati yang penuh amarah,
sememangnya memakan diri,
Memarahi insan lain mungkin melegakan,
Namun, penyesalan tak terhingga kan menyusul.

Menjadi diri ku sendiri adalah yang terbaik,
Menyayangimu setulus hatinya aku,
Mencintaimu seadanya kamu,
Dan diriku mengharapkan sebegitu.

Saat mata kita bertentang,
Bisakah kau membaca isinya,
Yang mengatakan kasih ku seikhlasnya,
Yang menyuarakan sayangku selamanya.

Walau bukan terlafaz dengan kata-kata,
Perasaan ini wujud entah bilanya,
Datangnya tanpa sedar,
Hinggapnya membahagiakan.

Biar rasa ini tak bersambut,
Kerna kefahaman ku jelas,
Tentang adanya jodoh dan pertemuan,
Dan,
Tentang keberadaannya aku dan kamu.


Sunday, January 1, 2012

Semakin di kejauhan...


Hari ini aku masih di sini,
Masih berfikir tentang hidupku,
Bagaimanakah pengakhiranku nanti,
Semacam apakah ia???

Aku semakin leka dengan permainan dunia,
Terkadang yang cantik aku burukkan,
Yang haram aku halalkan,
Yang baik aku jahatkan.

Aku menikmati luasnya bumi-MU,
Aku menghirup segarnya udara-MU,
Aku mempergunakan segalanya pinjaman-MU,
Dan aku sia-siakan semua pemberian-MU.

Dan nikmat itu KAU tarik satu persatu,
Ujian paling berat pernah ku rasakan,
Dan ku bukakan hatiku dengan luas,
Meredhai pemergian insan yang ku cintai.

Dalam kesedihan dek kehilangan,
KAU kurniakan aku kegembiraan,
KAU pinjamkan senyuman itu lagi,
Bukti kasihnya KAU pada hambaMU ini.

Dan masih aku terleka,
Bukan tidak terlintas di hati,
Tetapi hati lemah dengan hasutan,
Aku hanyut di buai keseronokkan.

Aku yakin dengan Maha MelihatMU,
Aku yakin dengan Maha MendengarMU,
Aku yakin dengan Maha MenguasaiMU,
Namun tetap tidak dapat ku hindari dosa-dosa itu.

Keyakinan dalam diriku masih kurang,
Jati diriku masih belum mantap,
Dan aku tahu itu bukanlah satu alasan,
Dari aku terus hanyut dalam dunia khayalanku.

Jika hari ini KAU tamatkan riwayatku,
Entah bagaimanakah keadaanku nanti,
Benar aku susuli ibuku,
Akan tetapi kesediaan itu amatlah jauh dariku.

Ku mohon,
Gapaikanlah impianku,
Beriku kesempatan tuk ku buktikan janjiku,
 Iringilah kehidupanku dengan kerahmatan dan keredhaan-MU,
Kurniakan segala kebaikan dan kebahagiaan,
kepadaku dan kepada insan-insan yang menyayangiku,
Semoga yang terbaik menjadi milikku.