Tinggalkan LINK anda di sini....!

Thursday, November 27, 2014

SAKIT HATI. . .


Ku tahu engkau pasti tahu,
Bertapa hancurnya aku,
Bunga yang dulu begitu indah,
Perginya entah ke mana.

Aku sakit,
Aku sakit hati,
Kau terbangkanku ke awan,
Lalu jatuhkan ke dasar jurang.

Aku sakit,
Dan ku tak mengerti,
Kau berikan mimpi indah,
Namun kenyataan tak seindah mimpi.

Sedar kini cinta tak berbalas!

Duluku tak pernah menduga kau,
Memberi harapan palsu,
Genggam tangan dan senyuman itu,
Seolah memikat hati.

Sendiri lagi, sendiri aku, sendiri aku lagi,
Dimanakah cintamu,
Yang selama ini untukku.

Wednesday, November 26, 2014

AKU DI HADAPANMU TIADA. . .


Seakan aku butakan mataku,
Dengan jalinan rahsia kau dan dia,
Demi menjaga hatimu dan hatiku,
Demi menjaga sayang dan kasihku padamu.

Istimewanya dia di dalam hatimu,
Istimewanya aku pada kata bibirmu.

Pun begitu,
Aku pendam hati yang luka,
Kerana aku percaya,
Masih ada sisa kasihmu buat tatapanku.

Namun hari demi hari,
Aku mula mengenal apa itu rindu,
Jauh darimu demi kasihku,
Jauh dariku demi dia kasihmu.

Setiap coretanmu berkisar tentang dia,
Setiap rindu mu aku tahu, 
Hanya dia.

Siapa aku?
Siapa dia?
Siapa yang kau rindu?

Buat kamu,
Aku akan terus menanti,
Tika sampai satu hari nanti,
Bila aku sudah penat menanti.

Kepadamu,
Jika benar bukan aku yang kau sayangi,
Jika benar hanya dia yang kau kasihi,
Pergi!
Jangan buat hati ini terus mengharap akan kasihmu.
Pergi!
Kasihanilah aku yang kekeringan air mata merinduimu.

Kepadamu,
Aku mungkin tewas dengan pandanganmu,
Tetapi kau harus tahu,
Aku hanya manusia yang kenal apa itu lelah,
Yang tahu apa itu kebencian.

Kepadamu,
Sayang aku masih utuh,
Jika tidak manakan datang rindu,
Penantianku hanya untukmu,
Hingga tiba di hujungnya.


Wednesday, January 1, 2014

SEPASANG MATA ITU


Hati ini yang memilih,
Bukan pada luarannya,
Bukan pada girangnya,
Tapi pada sebuah ikatan persahabatan,
Yang hanya insan terpilih merasa.

Sepasang mata itu,
Menampakkan apa erti sayang,
Dilihatkannya apa erti keikhlasan.

Pandangan mata itu,
menyakinkan aku pada perkongsian,
Yang hanya dia tahu.

Sepasang mata itu,
buat aku takut pada kehilangan,
Kerna tidak aku dapat melihat,
Tanpa adanya dia.

Pandangan mata itu,
Merasakan lengkap adanya kamu,
Mengiyakan pada sebuah luahan kata "sayang".

Sesalnya aku,
Mengapa bukan dahulu,
Bersyukurnya aku,
Kerna ianya berlaku.

Menjadi satu keinginan yang pasti,
Menjaga dan melindungi,
Mendekati tanpa menjauhi,
Menyayangi dan disayangi.

Thursday, August 2, 2012

Jujur Aku Setia...


Setiap langkah yang ku ambil,
Walau semakin jauh darimu,
Tak bermakna kau jauh dari hatiku.

Pernah aku dihasut kata,
Kau jauh nun di sana,
Dan aku di sini...KESUNYIAN.

Hampir aku tersesat dalam godaan cinta,
Lemas aku digoda nafsu manusia.

Pernah aku hampir tewas,
Godaan yang datang tak mampu ku lawan,
Bergelut aku keseorangan.

Lalu bayangan wajahmu datang menerpa,
Kembali aku kepada hangat cinta kita,
Seolah memberiku perisai,
Menghapus nafsu syaitan yang merasuk diri.

Aku yakin,
Doamu yang tak berpenghujung,
Menjadi kekuatan cinta kita.

Sayang,
Aku hadiahkan kau sebuah kesetiaan,
Dibaluti dengan kejujuran,
Dan ku isi dengan cinta,
Yang tak berpenamat.