Tinggalkan LINK anda di sini....!

Thursday, April 12, 2012

Hadirlah Dirimu dalam Mimpiku Selalu...


kegembiraan hari ini,
Tidak membawa kepada kekalan pada hari esok,
Keenakkan malam ini,
Tak dapat dipastikan elok esok.

Pastinya aku ingat,
Setiap patah pemberitahuanmu,
Peringatanmu masih utuh,
Amaran mu sentiasa tersemat.

Hari ini,
Bukan bererti aku lupa,
Tapi aku uji,
Apakah masih ada aku yang dulu,
Atau aku menjadi baru.

Terbukti,
Persoalanku terjawab,
Sememangnya yang lalu itu perit,
Yang lalu itu sakit.

Penawarku kamu,
Namun pada hari ini,
Kau tiada,
Tak dapat aku nyatakan,
Kau berjaya!

Tak terlintas untukku berpaling,
Tak tergamak aku buang kata-kata itu,
Cuma aku terkilan,
Aku sepi keseorangan.

Tiba saat ku kehilangan kini,
Aku rindu,
Pada raut wajahmu,
Senyumanmu yang bisa menenangkan gelisah ku.

Tiada lagi kamu,
Tiada lagi itu,
Semua ku pendam sendiri,
Tatkala rasa ini hadir,
Aku biarkan ia perlahan pergi.

Kau hilang,
Namun jangan kau tinggal aku sorang,
Masih aku perlukan pelukkan itu,
Saat kau datang dalam diam,
Aku nanti selalu dirimu sayang.




2 comments:

  1. Lagu atau puisi?Nice entry,peace :D

    ReplyDelete
  2. puisi yang lahir dari hati...simbolik kepada sebuah kerinduan buat bonda tercinta...terima kasih kerana sudi membaca..=)

    ReplyDelete