Tinggalkan LINK anda di sini....!

Tuesday, January 10, 2012

Tiada Sesalan Mencintaimu..


Lihat langit biru,
Aku merindukanmu,
Lihatlah diriku,
Yang tak bisa melupakanmu.
Mungkinkah aku ada di hatimu,
Wahai sayangku.

Pada diriku,
Aku beruntung mengenali,
Menyayangimu sepenuh hatiku,
Tiada sesalan aku mencintaimu.

Mungkin rasa ini tiada padamu,
Dan mungkin telah kau berikan pada insan lain,
Tapi percayalah aku tidak kecewa,
Malah aku gembira melihat dan mendengar kebahagiaanmu.

Malah,
Aku terus-terusan berdoa,
Moga kasih mu bersamanya berpanjangan,
Dan ikatan suci yang akan menyusulimu.

Akan aku hadiahkan dikau,
Tangisan air mata bahagia,
Luahan luka yang sempurna,
Mengiringi ke pintu perpisahan kita nanti.

Andai satu hari nanti kau berpaling,
Dan aku muncul di ingatanmu,
Jangan pernah kau menangis,
Kerna aku tidak pernah menyesal mencintaimu.


6 comments:

  1. good work dear . . sdik baca post ni :) boleh copy tak ? sye crdt kt awk :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. mtk copy ley! ayat sgt myntuh hati :)
    brilliant job!

    ReplyDelete
  4. HAI... MOHON COPY...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai...silakan..
      terima kasih kerana sudi baca..=)

      Delete