Tinggalkan LINK anda di sini....!

Friday, February 25, 2011

Wajah mu dihatiku...

Malam itu indah,
andainya kamu di sisi.

Hariku jadi indah,
tatkala senyumanmu menghiasi,
bagaikan mewarnai,
satu lagi episode hidupku yang suram.

Mungkin nanti,
aku tak bisa rasa ini lagi,
tatkala kau dan aku,
mampu berdiri sendiri,
mencapai cita setinggi langit.

Saat itu,
wajahmu terpampang di kotak fikirku,
tak mampu kujanjikan selalu,
tapi aku yakin,
kau sentiasa di kalbuku.

Aku tidak meminta peluang kedua,
mahupun pertemuan kedua,
kerna yang pertama,
masih lagi belum bisa aku realisasikan.

Thursday, February 24, 2011

Insan Setia...


Mencari insan setia dalam keramaian manusia,
susah, setia bersama,
senang, dia turut gembira,
menangisi setiap kelukaan hati,
membelai, membalut sekeping hati terguris.

Begitu sempurna kau insan istimewa,
belum bisa aku dapatkan,
atau tak akan pernah aku miliki.

Menjadi diriku adalah yang terbaik,
dirimu melengkapi insan lain,
bertuah insan setia,
dirimu bisa dimiliki si dia.

Nak kugapai kau terlalu sukar,
nak ku sentuh aku bukan sedemikian.

Akan aku terus mencari,
supaya hati kosongku bisa kau isi,
cukuplah sekadar insan yang memahami,
berjalan seiring menempuh hidup ini.

Sunday, February 13, 2011

Yang membezakan aku dan kamu...

yang membezakan tangisan aku dan kamu..
adalah...
aku menangis kerana CINTAku...
kamu menangis kerana cintamu..

yang membezakan air mata aku dan kamu..
adalah..
air mataku gugur..
akibat nasib yg menimba WANITA yg ku CINTAI..

yang membezakan CINTAKU dan CINTAMU..
adalah..
CINTAKU ditentukan ALLAH sejak lahirnya aku..
dan..
CINTAMU dikurniakan ALLAH..
namun NAFSUMU memesongkannya..

yang membezakan fikiranku dan fikiranmu..
adalah..
aku memikirkan kesusahanku..
dan kamu memikirkan kesenanganmu..

yang membezakan wangku dan wangmu..
adalah..
wangku hanya untukku..
namun wangmu kau taburkan pd nafsu..

yang membezakan hatiku dan hatimu..
adalah..
hatiku sangat setia..
dan hatimu bercelaru dan sering berubah..

yang memBEZAkan aku dan kamu..
adalah..
AKU ADALAH AKU..
dan KAMU ADALAH KAMU..