Tinggalkan LINK anda di sini....!

Friday, February 3, 2012

Manfaat Stres...



Stres ialah reaksi tabii tubuh badan kita terhadap rangsangan fizikal dan emosi. Oleh sebab itu, stres adalah fitrah manusia. Maksudnya stres ialah keadaan yang pasti berlaku dalam diri manusia. Stres dianggap sesuatu yang negatif. Namun, disebalik stres terdapat manfaat yang tersembunyi.

  • Stres akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
  • Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa, menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif bagi membetulkan keadaan.
  • Stres kerana jahil akan mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
  • Stres kerana merasakan diri berdosa akan mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak mengulangi dosa silam.
  • Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalam hidup.
  • Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa akan menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar. 
  • Stres kerana didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk menyembuhkan penyakitnya.

Sumber : Majalah Solusi Isu 39.

No comments:

Post a Comment