Tinggalkan LINK anda di sini....!

Sunday, March 13, 2011

Aku...

Aku mendefinasikan dunia dari kaca mata aku sendiri,
Melihat dari setiap sudut pemerhatian,
Apa yg dilihat terkadang buat aku fikir panjang,
begitu sempurna ciptaan Tuhan.

Namun dalam kesempurnaan itu,
Terselitnya kecacatan yang diperlihatkn manusia,
dimana wujudnya mereka yang kufur nikmat,
buta dalam mensyukuri segala kesempurnaan.

Aku terfikir,
dimana letaknya aku dalam kesempurnaan ini,
adakah sekerdil-kerdil manusia yang penuh dgn dosa,
atau,
tergolong dalam mereka yang buta hatinya.

Sebagai hambaNya aku tahu,
keimanan dalam hati ini masih belum teguh,
belum banyak yg aku kerjakan,
dan masih banyak yg aku perlu pelajari.

Sebagai anak,
aku bukan sesolehah yg didoakan,
namun aku cuba yg terbaik,
kerna aku tahu,
didikan yg diberikan sudah cukup sempurna,
dan kini,
tiba masanya aku memanfaatkannya.

sebagai teman,
aku cuba yg terbaik,
kata orang kalau ingin memiliki sahabat,
jadikan diri kita sahabat dahulu,
dan itulah yg aku usahakan,
namun belum lagi ku temukan seorang sahabat,
dan dalam pencarian ini aku ketemui ramai teman,
teman yang sentiasa melengkapi aku,
terima kasih teman.

dalam hidup ini,
masih awal tuk aku konklusikan,
masih banyak peringkat yang belum aku naiki.

pada mereka yang sentiasa disisi,
jasamu dikenang,
setiap pertolongan yg kamu hulurkan,
tak terbalas rasanya,
namun aku cuba beri yang termampu,
moga ukhwah kita tidak tamat pada tarikh yang ditetapkan.

Friday, February 25, 2011

Wajah mu dihatiku...

Malam itu indah,
andainya kamu di sisi.

Hariku jadi indah,
tatkala senyumanmu menghiasi,
bagaikan mewarnai,
satu lagi episode hidupku yang suram.

Mungkin nanti,
aku tak bisa rasa ini lagi,
tatkala kau dan aku,
mampu berdiri sendiri,
mencapai cita setinggi langit.

Saat itu,
wajahmu terpampang di kotak fikirku,
tak mampu kujanjikan selalu,
tapi aku yakin,
kau sentiasa di kalbuku.

Aku tidak meminta peluang kedua,
mahupun pertemuan kedua,
kerna yang pertama,
masih lagi belum bisa aku realisasikan.

Thursday, February 24, 2011

Insan Setia...


Mencari insan setia dalam keramaian manusia,
susah, setia bersama,
senang, dia turut gembira,
menangisi setiap kelukaan hati,
membelai, membalut sekeping hati terguris.

Begitu sempurna kau insan istimewa,
belum bisa aku dapatkan,
atau tak akan pernah aku miliki.

Menjadi diriku adalah yang terbaik,
dirimu melengkapi insan lain,
bertuah insan setia,
dirimu bisa dimiliki si dia.

Nak kugapai kau terlalu sukar,
nak ku sentuh aku bukan sedemikian.

Akan aku terus mencari,
supaya hati kosongku bisa kau isi,
cukuplah sekadar insan yang memahami,
berjalan seiring menempuh hidup ini.

Sunday, February 13, 2011

Yang membezakan aku dan kamu...

yang membezakan tangisan aku dan kamu..
adalah...
aku menangis kerana CINTAku...
kamu menangis kerana cintamu..

yang membezakan air mata aku dan kamu..
adalah..
air mataku gugur..
akibat nasib yg menimba WANITA yg ku CINTAI..

yang membezakan CINTAKU dan CINTAMU..
adalah..
CINTAKU ditentukan ALLAH sejak lahirnya aku..
dan..
CINTAMU dikurniakan ALLAH..
namun NAFSUMU memesongkannya..

yang membezakan fikiranku dan fikiranmu..
adalah..
aku memikirkan kesusahanku..
dan kamu memikirkan kesenanganmu..

yang membezakan wangku dan wangmu..
adalah..
wangku hanya untukku..
namun wangmu kau taburkan pd nafsu..

yang membezakan hatiku dan hatimu..
adalah..
hatiku sangat setia..
dan hatimu bercelaru dan sering berubah..

yang memBEZAkan aku dan kamu..
adalah..
AKU ADALAH AKU..
dan KAMU ADALAH KAMU..

Friday, November 5, 2010

Petua untuk HATI...

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati