Tinggalkan LINK anda di sini....!

Monday, November 14, 2011

Aku DUSTAi cintaku..


Percaya atau tidak,
Ingatan ku tak pernah lekang,
dari sentiasa mengingatimu,
Sungguh aku hanya DUSTA!

Aku sentiasa lahirkan kata-kata indah,
Aku katakan hanya untuk dirimu seorang,
Sungguh semua hanya DUSTA!

Aku buat kamu percaya,
Bahawa aku sentiasa ada,
Tidak kira dalam situasi apa,
Sungguh itu juga DUSTA!

Aku katakan pada semua,
Bahawa kamu saja di hati,
Tiada yang lain,
Itu aku DUSTAkan jua.

Aku beri apa yang kamu inginkan,
Aku katakan bahawa,
'Kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku',
Sungguh aku DUSTA.

Kini aku ingin katakan,
Kebenaran yang setulusnya,
Yang memungkinkan kau memaafkanku,
Ikhlas dari hatiku.

Aku menDUSTAi mu kerna,
Aku cuba menjadi seperti mereka,
Yang sentiasa bisa bikin kamu gembira,
walaupun dengan membohongimu.

Ketahuilah sayang,
Aku hanya manusia biasa,
Yang menginginkan kesempurnaan,
Tetapi hakikatnya tiada yang sempurna.

Aku terkadang lalai,
Aku janji itu dan ini,
Namun satupun tak ku tepati,
Malah aku hanya buatmu sedih.

Aku tidak ingin berjanji lagi,
aku biarkan masa yang menentukan,
Andai sayang ini berpenghujung,
Aku redha kerana aku bukan yang terbaik untukmu...

Thursday, November 10, 2011

Carta hati ku...


Seluas langit di atas,
Tak seluas cintaku ini,
Sedalamnya lautan,
Tak sedalam cintaku ini...

Aku masih belum mampu,
Berjalan sendiri tanpamu,
Andai kau lihat ku berseorangan,
Pimpinlah tanganku TEMAN...

Sungguh indah ciptaanNYA,
Dan indah hidupku,
Dipenuhi gelak tawamu,
Menemani sepi hatiku...

Aku tak akan bisa,
Menahan semua rasa di jiwa,
Cubalah kau lihat diriku,
Cubalah kau dengar suaraku...

Aku biarkan kata-kata mereka,
Baik buruknya kamu,
Biar mata hatiku menilai,
Dan aku tahu jawapannya...

Tak banyak yang aku pinta,
Cukup sekadar keikhlasanmu,
Menjadi insan teristimewa di hatiku,
Pengukir seyuman diwajahku..

Thursday, November 3, 2011

Genangan Air Mataku...




Aku meniti hari ini dengan satu emosi pagi...
Berfikir tanpa menghiraukan yang lain...
Mengenang tanpa mempedulikan mereka...
Sungguh, mereka bertuah...

Aku tatap wajah satu persatu..
Cuba menyelami isi kalbu..
Mungkin ada yang senasib denganku...
Atau mungkin jua sebertuah insan lain...

Hari ini sama seakan semalam...
kau muncul dalam mimpi...
memberi senyuman kekuatan...
seakan kau mengerti kepayahan anakmu ini...

Walau hanya sebaris senyuman..
Aku tahu..kau jua rindu...
Senyumanmu ku sambut..
Lalu ku balas dengan titisan air mata...

 Ibu...
Di kejauhan ini aku mengenang..
Dahulu, aku berkobar ingin pulang...
bertemu mu, memeluk mu..
Bertanyakan khabarmu ibu...

Segalanya berubah kini...
Aku hanya bisa melihat bayangmu...
Yang sentiasa terpahat dalam naluriku...
Kenangan yang tak mungkin ku lupakan...

Ibu...
Kasihku tidak pernah luput...
Cintaku sentiasa berpaut...
Hanya buatmu IBU...

Saturday, October 22, 2011

Aku sabar menanti...

Sabar menanti jawapanmu,
entah kenapa hati ini masih ingin tahu,
andai ada rasa belas dari pihakmu,
aku menginginkan kepastianmu.

Andai kau masih membisu,
aku jua begitu,
terus degil menanti,
tanpa rasa jenuh di sini.

aku lihat kau dari jauh,
ingin aku mendekati,
namun aku tahu,
kau pasti menjauhi.

lalu aku teruskan misi,
kau tetap dalam hati,
dan aku terus menanti.

usah kau risau,
aku bukan pengacau hidupmu,
aku cuma perlukanmu,
walau hanya dari jauh.

Thursday, May 5, 2011

Aku di sini meRINDUimu..


Andai dapat ku undur masa,
akan ku perbetulkan segala-galanya,
tuk menampal luka-luka,
yang dulunya aku siatkan.

Jika diberikan ku satu peluang,
ingin ku isi masa terbuang yang lalu,
tuk sentiasa bersama,
menadah setiap titisan air matamu.

Andai bisa ku ke masa lalu,
akan ku akur setiap katamu,
akan ku patuh setiap arahanmu,
akan ku tunaikan segala permintaanmu.

Jika diberikan ku satu peluang,
aku pingin mendengar ceritamu,
yang disulami sedih dan tawa,
menjadi pedoman hidupku.

Andai masa dapat di putar,
aku ingin dibelai, dimanja olehmu,
aku ingin melihat senyumanmu,
yang lebih dari itu.

Jika diberikan ku satu peluang,
dari awal,
kau akan ku jadikan yang tersayang,
kau akan ku jadikan yang terbaik,
kau adalah SAHABAT karib.

Andai dapat ku undur masa,
kau kan sentiasa dalam pelukan,
segala sakit kan ku rawatkan,
dan segala tangis kan ku usapkan.

Jika diberikan ku satu peluang,
tak kan ku sia-siakan masa bersamamu.
akan ku penuhi segala permintaanmu,
agar kau sentiasa berada dalam kebahagiaan.

Namun,
semuanya hanya sia-sia,
kini aku di sini,
terus mengorak langkah menjalani hidup,
tanpa kamu,

Usahaku kini,
tidaklah untuk melupakanmu,
malah aku berusaha memenuhi impianmu.

Di satu saat nanti,
akan aku luangkan masa,
supaya kita dapat bersama,
bercerita tentang kisah hidup kita.

Kini,
kau ku rindu dalam setiap hembusan nafas dan denyut nadiku,
setiap langkahku diiringi kamu,
dan namamu sentiasa berada dalam doaku,
ku tahu,
kau di sini menemaniku.