Tinggalkan LINK anda di sini....!

Monday, November 14, 2011

Aku DUSTAi cintaku..


Percaya atau tidak,
Ingatan ku tak pernah lekang,
dari sentiasa mengingatimu,
Sungguh aku hanya DUSTA!

Aku sentiasa lahirkan kata-kata indah,
Aku katakan hanya untuk dirimu seorang,
Sungguh semua hanya DUSTA!

Aku buat kamu percaya,
Bahawa aku sentiasa ada,
Tidak kira dalam situasi apa,
Sungguh itu juga DUSTA!

Aku katakan pada semua,
Bahawa kamu saja di hati,
Tiada yang lain,
Itu aku DUSTAkan jua.

Aku beri apa yang kamu inginkan,
Aku katakan bahawa,
'Kebahagiaanmu adalah kebahagiaanku',
Sungguh aku DUSTA.

Kini aku ingin katakan,
Kebenaran yang setulusnya,
Yang memungkinkan kau memaafkanku,
Ikhlas dari hatiku.

Aku menDUSTAi mu kerna,
Aku cuba menjadi seperti mereka,
Yang sentiasa bisa bikin kamu gembira,
walaupun dengan membohongimu.

Ketahuilah sayang,
Aku hanya manusia biasa,
Yang menginginkan kesempurnaan,
Tetapi hakikatnya tiada yang sempurna.

Aku terkadang lalai,
Aku janji itu dan ini,
Namun satupun tak ku tepati,
Malah aku hanya buatmu sedih.

Aku tidak ingin berjanji lagi,
aku biarkan masa yang menentukan,
Andai sayang ini berpenghujung,
Aku redha kerana aku bukan yang terbaik untukmu...

2 comments:

  1. hebat puisi ni.. kadang2 aku rase diri aku seperti dalam puisi qo..

    ReplyDelete
  2. tq shudud...mungkin kita merasa bnda yg sama...tiada yg mustahilkan...=)

    ReplyDelete